Income Untuk Ebook Pertama!

saya nak dedahkan sikit tentang income dari ebook pertama saya,dan apa yang membuat saya tersenyum ialah hingga ke hari ini ialah masih ada pembeli ebook  tersebut, jika anda belum tahu, ebook pertama saya ialah

“cara research di ebay terbongkar” , cover dekat bawah

cover

5 jualan pada hari pertama pelancaran

23 jualan untuk hari kedua

7 jualan untuk hari ketiga

2 jualan untuk hari keempat

2 jualan untuk hari kelima

dan hingga sekarang masih ada jualan, tapi saya tak ambil screenshot

total dalam RM700 lebih untuk ebook ini sahaja :)

p/s: jual ilmu memang sesuatu yang menguntungkan

Ebook Cara Bina Blog Auto Pilot

hoorey, akhirnya ebook saya yang kedua siap..

kat bawah ni cover ebook tersebut, cantik? saya design sendiri..

cover

ebook ini hanya mengambil masa 5 jam untuk disiapkan dan saya jual dengan harga RM10 untuk satu salinan dan pada hari pertama pelancaran sudah 6 orang membelinya, anda bagaimana?

untuk membeli ebook ini, boleh dapatkan di

http://www.wangcyber.com/forum/wts-pengiklanan-and-pemasaran/13410-free-cara-bina-blog-auto-pilot.html

harga untuk RM10 atau 3 USD hanyalah untuk 10 orang pertama, selepas itu harga akan dinaikkan ke RM20 atau 5 USD.

Streamyx Or Snailmyx?

argh..streamyx buat hal lagi!

saya dah tak boleh online selama 4 hari sebab masalah connection streamyx..

bill dah bayar tapi internet tak dapat..

saya dah call careline dan operator tu cakap dia dah file report dan tunggu sehingga 1 ke 2 hari dia datang tengok..tapi tak datang-datang pun.

saya dah fed up dengan stremyx! nasib baikla snailmyx je provider internet kalau tak dah lama saya tak pakai streamyx. Jaring, celcom berukband dan maxis berukband sama je, Slow! Dah 2 hari online di cyber cafe untuk urus order pembeli ebook.

kalau tak dapat lagi dalam masa seminggu lagi, memang saya akan pergi terus ke cawangan TM di kota bharu ni.

Ok, aku saya dulu..dah lama online kat cyber cafe ni..

PROBLEM SOLVED: MODEM ROSAK DAN MASALAH IBU SAWAT INTERNET DI KAWASAN SINI

Ebook Saya Pertama Dilancarkan

Syukur ke hidrat ilahi,

Akhirnya saya berjaya melancarkan ebook pertama saya. Ebook saya yang pertama bertajuk “Cara Research Di Ebay Terbongkar”

cover

saya mengambil masa lebih kurang 6 jam untuk siapkan ebook ini. Pada mulanya saya mulakan dengan mengambil screenshot dahulu kerana semua teknik dah ada di dalam kepala saya jadi saya cuma buat semua teknik dan ambil screenshot.

Saya mula mengarang pada pukul 1.30 petang hinggalah ke 9 malam pada 25 februari 2009.  Dan ia hanya mengambil masa 6 jam, tolak dengan masa saya rehat, makan dan sebagainya.

Saya telah melakukan survey terhadap ebook ini sebelum ia dilancarkan tetapi hanya 5 orang yang vote berminat! Bayangkan! yang reply di thread pulak, macam-macam komen. Ada yang cakap positif dan ada yang negatif. Saya masih tidak putus asa, saya nekad untuk teruskan juga penghasilan ebook ini dan akhirnya siap.

Lebih kurang pukul 12malam, thread saya diapprove admin dan sudah pun ada 3 orang yang booking walaupun laman download belum siap. Saya tidak siapkan lebih awal kerana saya menyangka tiada orang yang berminat untuk membeli.

Saya terus menerima pembayaran sehinggalah pukul 2.30 pagi, kerana happy tak terhingga saya tidur pukul 4.30 pagi hari itu. Pelik sikit saya ni, hoho..

Keesokan saya apabila saya bangun, inbox PM di wangcyber penuh dengan Pm pembeli. Nampaknya saya kena upgrade akaun ke wc premium. dalam masa 2 jam ebook tersebut dilancarkan, 5 jualan terhasil kalau tak silap saya.

saya cuma letak harga $3 kerana saya takut orang tak beli kerana ini ebook pertama saya dan saya masih belum ada nama dalam bidang penghasilan ebook. Feedback positif terus saya terima dan saya berniat untuk untuk beri peluang kepada 20 orang untuk harga $3 walaupun pada mulanya saya hanya bercadang untuk beri kepada 10 orang sahaja.

Saya mula menggunakan ilmu yang saya ada tentang cara pemasaran melalui teknik forum marketing dan ia membuahkan hasil! Ia teknik blackhat,hehe..

Saya turut memberikan secara percuma kepada sweet_mango kerana dia terlalu banyak persoalan tentang ebook tu, itu hak customer untuk bertanya dan customer always right. Oleh kerana saya tidak sempat untuk melayan order pembeli yang lain, jadi saya beri kepada sweet_mango secara percuma agar dia tidak reply Pm saya lagi, hoho..lagipun ini ebook pertama saya, kalau boleh saya hendak review dari dia.

Statistik Jualan Ebook pertama

Jumlah terjual: Cecah 50 unit dalam masa kurang 40 jam

Purata Jualan: lebih kurang 35 ebook terjual dalam masa kurang 24 jam

Jumlah review copy diberi : lebih 10 orang

Masa jualan: Lebih kurang 46 jam dan tawaran ditutup

Jumlah pages di thread jualan: hampir 25 pages

Cara Bayaran: 44 orang bayar guna paypal, selebihnya bank in

Oleh kerana ebook tu dah sempurna, masuk saya tiada lagi update..Jadi saya bercadang untuk lancarkan satu lagi ebook kedua pada 10 Mac jika tiada halangan. kalau ada halangan, saya akan lancarkan selepas result SPM keluar.

Untuk ebook kedua, cover je dah siap..hehe

Protected: Download Produk

This post is password protected. To view it please enter your password below:


Twitter Melalui SMS Dengan Twe2

Sebelum ini, Twitter ada menawarkan fungsi kemaskini terus kepada SMS, namun terpaksa menghentikannya pada bulan Ogos 2008 yang lalu disebabkan kos yang tinggi. Kini, munculnya Twe2, yang mana menyediakan fungsi yang sama bagi semua pengguna di luar US yang inginkan fungsi kemaskini terus kepada SMS. Dan menariknya adalah ianya disediakan secara percuma.

twe2

Untuk menampung kos perbelanjaan, twe2 akan memasukkan iklan ke dalam teks yang anda terima. Tetapi anda boleh membuangnya dengan melanggan kepada versi berbayar

Internet Explorer 8 Dilancarkan Pada Mac 2009

TechARP, salah satu laman teknologi tempatan, hari ini menjangkakan bahawa Microsoft bakal mencapai IE8 versi RTM (Release To Manufacturing) pada bulan March ini. Hal ini kerana, Microsoft bakal mengumumkan butir-butir akhir berkenaan IE8 RTM pada 5 Mac 2009.

Walaubagaimanapun, Microsoft tidak mengiyakan atau menidakkan laporan tersebut. IE8 bakal menjadi antara komponen utama dalam Windows 7, selain mendapatkan kembali para pengguna pelayar web daripada Microsoft itu yang makin berkurangan dari hari demi hari. Sekiranya IE8 bakal dikeluarkan awal, ianya menandakan bahawa Windows 7 beerkemungkinan besar akan menemui para pengguna pada akhir tahun ini.

Sebelum ini, Microsoft pernah melaporkan bahawa IE8 akan diedarkan melalui Windows Update, dan sekiranya anda ingin mendapatkan pengalaman IE8, anda boleh mencuba versi IE8 RC yang diedarkan Microsoft baru-baru ini.

GeeMail – Aplikasi Desktop Untuk GMail

Kini, anda boleh membaca dan menghantar email melalui desktop anda. Anda juga boleh membaca email anda walaupun tiada internet connection. GeeMail ialah aplikasi desktop yang membolehkan anda membuat seperti yang diperkatakan di atas. Ia adalah satu aplikasi untuk pengguna Yahoo , sorry pengguna Gmail sahaja.

geemail-inaction

Anda boleh memuat turun perisian GeeMail melalui link ini

« Previous Page