IM dan Stress

by khairilz on April 27, 2009

Kali ini kita bincang pasal kerja sebagai seorang IM dan tekanan stress.

Siapa kata kerja sebagai seorang IM tak ada tekanan kerja? Bagi aku semua kerja mesti ada tekanan stress seperti yang aku lalui sekarang. Jadi sekiranya ini berlaku kita haruslah bijak menangani stress. Walaupun orang pandang kerja sebagai seorang IM hanya berada di depan komputer dan gunakan keyboard dan mouse sahaja namun tetap ada tekanan kerja, contohnya melayan kerenah pembeli, tekanan daripada pembeli yang menempah design (sekiranya anda menyediakan perkhidmatan jenis servis)

Antara langkah menangani stress:-

1) Lihat benda warna hijau dan tinggalkan komputer/laptop untuk sementara waktu

2) Keluar berjalan-jalan di taman untuk menghilangkan stress sambil2 lihat awek cun permandangan indah

3) Cuba duduk dan minum secawan teh sambil fikirkan apa keje yang perlu dilakukan dulu dan apa yang tidak perlu dilakukan lagi

4) Cuba buat jadual bekerja anda, maksud saya To-Do List. Jika anda gunakan vista boleh guna gadget sticky note. Jadi setiap kali anda on komputer, anda akan tahu apa yang anda perlu buat dahulu.

5) Kalau ada family, luangkan masa dengan family macam berbual kosong atau menonton televisyen bersama.

6) Jika stress over control cuba luahkan kepada orang terdekat kerana anda akan merasa lebih lega selepas luahkan pada seseorang

7) Kalau stress juga, pergi tepi bukit atau gaung lepas tu terjun jerit kuat-kuat agar semua stress hilang tapi jangan buat masa maghrib, nanti kena rasuk.. :D

8 ) Anda juga boleh bercakap dengan pokok untuk lepaskan stress, siapa kata pokok tak boleh bercakap? Kalau tak percaya baca short story bahasa inggeris form five tentang watak Mr Klausner.

9) Bunuh diri , hehe..Takkan sampai bunuh diri. Jika anda beragama islam, anda boleh dekatkan diri dengan Allah dengan solat kerana selepas solat anda akan merasa diri anda lebih segar dan tenang.

10) Tinggalkan kerja anda buat sementara dan buat benda yang anda suka. Jika anda perempuan, pergi window shopping dan jika anda lelaki pergi makan-makan angin sambil menghabiskan minyak motor atau kereta. :D

Setakat ini sahaja untuk kali ini, nanti saya kongsi lagi tips bersama anda sebab saya pun tak boleh nak menaip lama-lama sebab stress juga ni

{ 4 comments… read them below or add one }

alfie June 10, 2009 at 4:32 am

Anda juga boleh bercakap dengan pokok untuk lepaskan stress;Ini yang aku nak tergelak nih….hahahahah……… :)

Reply

Hafizi July 12, 2009 at 4:22 pm

Hari ini aku dapat tips terbaru macam mana nak realease tension, iaitu cakap dgn pokok. He..he.. Tq Bro.. info berguna. Besok jgak aku nak cakap dgn pokok togey belakang umah aku!

Reply

abrablog August 10, 2009 at 11:53 am

hari-hari memang stress. Tapi bolehla. Nak hidup kan?

Reply

WANDAMaynard February 26, 2010 at 10:43 am

Do you understand that it’s the best time to receive the personal loans, which would make your dreams come true.

Reply

Leave a Comment

Previous post:

Next post: