
Salam, Kali ini saya ingin bercerita mengenai Google Adsense iaitu satu daripada 1000 cara jana wang daripada internet. Jika anda belum tahu, Adsense ialah satu program di mana kita akan dibayar sekiranya ada orang klik iklan yang google berikan kepada kita untuk diletakkan ke dalam blog kita. Maknanya untuk dapatkan lebih banyak klik, kita perlu lebih banyak pelawat. Konsepnya mudah sahaja.
More Visitors = More Click = More $$$
Langkah pertama untuk kita memperoleh pendapatan daripada adsense ialah mempunyai blog sendiri atau website sendiri, tidak kisahlah walaupun menggunakan blogspot. Sebenarnya google lebih sukakan blogspot untuk adsense kerana blogspot sudah menjadi milik google. Tujuan kita mempunyai blog ialah agar kita boleh meletakkan code adsense ke dalam template/themes kita agar iklan daripada google akan keluar. Jangan risau mengenai iklan kerana iklan yang keluar akan berkaitan dengan apa yang anda tulis. Sebagai contoh anda menulis tentang handphone jadi iklan yang akan keluar semuanya berkaitan dengan handphone jadi pelawat blog anda mungkin akan klik iklan tersebut untuk mencari lebih banyak info.
Sudah tentu anda tertanya-tanya darimana datangnya iklan tersebut. Iklan adsense datang daripada publisher atau para iklan yang ingin meletakkan iklan melalui google melalui satu program iaitu Google Adwords. Daripada Google Adwords muncul Google Adsense kerana semua iklan yang didaftarkan di Google Adwords akan keluar di Google Adsense dan oleh sebab itu Google mampu membayar anda dan ada seorang usahawan internet yang menjana RM4000 sehari daripada adsense sahaja!
Saya akan sambung lagi mengenai adsense lain kali

{ 2 comments… read them below or add one }
bro…
klu nak minx coaching adsense boleh?
saya ingt nak buat duit ngan adsense,sbb nak guna duit byr yuran study…
klu blh inform cepat yer…
Make your own life time easier take the loan and all you need.