Flutter Pesaing Twitter
Flutter ialah servis nano-blogging, berbeza dengan Twiiter yang dipanggil mikro-blogging.
Sekiranya dalam Twitter, pengguna dapat mengemaskini status mereka dalam 140 huruf, melalui Flutter, mereka hanya mendapat ruangan sebanyak 26 huruf, sekaligus menjadikan setiap kemaskini lebih bermakna dan ringkas.
Dapatkan 1 USD Pertama
Hanya Untuk Newbie
1 USD pertama yang kita dapat di internet melalui perniagaan internet adalah sesuatu yang paling bermakna bagi seorang IM yang baru sahaja lahir di dunia IM..
Kenapa?
Sebab 1 USD pertama akan menentukan mindset kita
kalau kita dapat 1 USD pertama, kita akan tetapkan dalam fikirkan bahawa perniagaan internet memang betul2 boleh buat duit malah ia adalah diluar jangkaan anda!
Bagaimana?
Cara untuk dapatkan 1 USD pertama, ada banyak cara..
Cara Betul Dan Profitable [Long Term Bussiness]
-Jual produk MRR Atau PLR
-Offer service design
-Jual VCC
-jual ebook
-Adsense Dan Sebagainya
Cara Malas Dan Non Profitable[Short term bussiness]
-pay to read email
-join paid to take survey
-join traffic exchange. contoh traffic swarm
-dan banyak lagi program paid to……
Cara Jahat Atau Kurang Etika
-kalau adsense, klik iklan sendiri
-kalau affiliate, spam inbox orang
-spam forum
-dan lain2,korang pun tahu..
Pilih cara di atas dan cuba dapatkan 1 USD pertama anda, kalau nak dapatkan 1 USD pertama ambil masa yang lama, tinggalkan teknik tersebut dan cuba teknik baru.
Kalau tak faham apa-apa, cuba usaha sendiri cari guna google, yahoo dan sebagainya.
Jangan cepat bertanya! Cuba usaha sendiri kerana hasil usaha kita sendiri kesanya lebih baik.
Last Step Kalau Cara Di Atas Tak Menjadi
Kenal pasti kelebihan diri anda dan cuba keluarkan kelebihan diri anda tersebut. Cuba hasilkan ebook dan jual..jangan fikir orang beli ke tak ebook, just hasilkan ebook tersebut. Kalau tak de orang beli jugak, cuba edar secara percuma dan dapatkan pendapat orang lain untuk memperbaiki ebook tersebut.
COntoh, kalau anda dah buat adsense selama beberapa tahun tetapi hasilnya tiada atau kurang, hasilkan jugak ebook berdasarkan pengalaman anda, pasti ada sesuatu yang unik untuk dikongsi bersama tetapi anda sahaja yang tidak menyedari keunikan tersebut.
Satu je..
Jangan bazirkan duit dengan beli semua ebook yang ada kat pasaran, beli yang rasa perlu sahaja. Tahukah anda sales letter atau web jualan yang anda sedang baca sebenarnya sedang membunuh anda agar anda membelanjakan wang untuk membeli ebook tersebut.
Kekadang terlalu hype, tahukah anda sales letter tersebut ditulis oleh sesorang yang pandai menguasai minda anda agar membeli? jadi lawan dan jangan beli kecuali ia sesuatu yang memang perlu..Dan tahukah anda, penjual ebook sanggup membelanjakan ribuan ringgit semata-mata untuk mencipta sales letter. Walaupun produk tak la sehebat mana tapi sales letter hebat adalah pintu utama anda memberi wang anda kepada mereka. Saya sanggup luangkan banyak duit untuk upah sales letter 
Untuk newbie, beli panduan asas dahulu, jangan terus beli teknik rahsia atau apa-apa sahaja ebook yang terus membawa anda ke tahap advanced sedangkan anda baru sahaja newbie, hasilnya tiada pendapatan!
APa yang saya tulis ialah berdasarkan pengalaman saya memberi personal coach untuk beberapa newbie. Ada student saya yang sanggup beli ebook sampai habis beratus tapi hasilnya? KOSONG!!! baru sebelum ceburi IM, beli ebook tu, beli ebook ini tapi hasil?Tahukah untuk newbie, anda bukan perlukan ebook teknik rahsia tetapi perlukan ebook panduan asas.
ebook rahsia yang ada di pasaran hanyalah untuk advanced user, memang kat sales letter cakap panduan langkah demi langkah tapi ia bukan untuk anda, seorang newbie..
Dan Tahukah Anda bahawa saya sekarang pun sedang melengkap diri saya dengan ilmu di dalam perniagaan internet, saya sendiri masih baca panduan asas. kalau tak de duit, dapatkan ebook free dari program give away event..[saya lebih prefer ebook free dari give away
]
Dapatkan 1 USD pertama anda, Saya dah dapat untuk minggu ini
[minggu ini bukan hari ini]

Income Untuk Ebook Pertama!
saya nak dedahkan sikit tentang income dari ebook pertama saya,dan apa yang membuat saya tersenyum ialah hingga ke hari ini ialah masih ada pembeli ebook tersebut, jika anda belum tahu, ebook pertama saya ialah
“cara research di ebay terbongkar” , cover dekat bawah
5 jualan pada hari pertama pelancaran
23 jualan untuk hari kedua
7 jualan untuk hari ketiga
2 jualan untuk hari keempat
2 jualan untuk hari kelima
dan hingga sekarang masih ada jualan, tapi saya tak ambil screenshot
total dalam RM700 lebih untuk ebook ini sahaja
p/s: jual ilmu memang sesuatu yang menguntungkan
Streamyx Or Snailmyx?
argh..streamyx buat hal lagi!
saya dah tak boleh online selama 4 hari sebab masalah connection streamyx..
bill dah bayar tapi internet tak dapat..
saya dah call careline dan operator tu cakap dia dah file report dan tunggu sehingga 1 ke 2 hari dia datang tengok..tapi tak datang-datang pun.
saya dah fed up dengan stremyx! nasib baikla snailmyx je provider internet kalau tak dah lama saya tak pakai streamyx. Jaring, celcom berukband dan maxis berukband sama je, Slow! Dah 2 hari online di cyber cafe untuk urus order pembeli ebook.
kalau tak dapat lagi dalam masa seminggu lagi, memang saya akan pergi terus ke cawangan TM di kota bharu ni.
Ok, aku saya dulu..dah lama online kat cyber cafe ni..
PROBLEM SOLVED: MODEM ROSAK DAN MASALAH IBU SAWAT INTERNET DI KAWASAN SINI
Ebook Saya Pertama Dilancarkan
Syukur ke hidrat ilahi,
Akhirnya saya berjaya melancarkan ebook pertama saya. Ebook saya yang pertama bertajuk “Cara Research Di Ebay Terbongkar”

saya mengambil masa lebih kurang 6 jam untuk siapkan ebook ini. Pada mulanya saya mulakan dengan mengambil screenshot dahulu kerana semua teknik dah ada di dalam kepala saya jadi saya cuma buat semua teknik dan ambil screenshot.
Saya mula mengarang pada pukul 1.30 petang hinggalah ke 9 malam pada 25 februari 2009. Dan ia hanya mengambil masa 6 jam, tolak dengan masa saya rehat, makan dan sebagainya.
Saya telah melakukan survey terhadap ebook ini sebelum ia dilancarkan tetapi hanya 5 orang yang vote berminat! Bayangkan! yang reply di thread pulak, macam-macam komen. Ada yang cakap positif dan ada yang negatif. Saya masih tidak putus asa, saya nekad untuk teruskan juga penghasilan ebook ini dan akhirnya siap.
Lebih kurang pukul 12malam, thread saya diapprove admin dan sudah pun ada 3 orang yang booking walaupun laman download belum siap. Saya tidak siapkan lebih awal kerana saya menyangka tiada orang yang berminat untuk membeli.
Saya terus menerima pembayaran sehinggalah pukul 2.30 pagi, kerana happy tak terhingga saya tidur pukul 4.30 pagi hari itu. Pelik sikit saya ni, hoho..
Keesokan saya apabila saya bangun, inbox PM di wangcyber penuh dengan Pm pembeli. Nampaknya saya kena upgrade akaun ke wc premium. dalam masa 2 jam ebook tersebut dilancarkan, 5 jualan terhasil kalau tak silap saya.
saya cuma letak harga $3 kerana saya takut orang tak beli kerana ini ebook pertama saya dan saya masih belum ada nama dalam bidang penghasilan ebook. Feedback positif terus saya terima dan saya berniat untuk untuk beri peluang kepada 20 orang untuk harga $3 walaupun pada mulanya saya hanya bercadang untuk beri kepada 10 orang sahaja.
Saya mula menggunakan ilmu yang saya ada tentang cara pemasaran melalui teknik forum marketing dan ia membuahkan hasil! Ia teknik blackhat,hehe..
Saya turut memberikan secara percuma kepada sweet_mango kerana dia terlalu banyak persoalan tentang ebook tu, itu hak customer untuk bertanya dan customer always right. Oleh kerana saya tidak sempat untuk melayan order pembeli yang lain, jadi saya beri kepada sweet_mango secara percuma agar dia tidak reply Pm saya lagi, hoho..lagipun ini ebook pertama saya, kalau boleh saya hendak review dari dia.
Statistik Jualan Ebook pertama
Jumlah terjual: Cecah 50 unit dalam masa kurang 40 jam
Purata Jualan: lebih kurang 35 ebook terjual dalam masa kurang 24 jam
Jumlah review copy diberi : lebih 10 orang
Masa jualan: Lebih kurang 46 jam dan tawaran ditutup
Jumlah pages di thread jualan: hampir 25 pages
Cara Bayaran: 44 orang bayar guna paypal, selebihnya bank in
Oleh kerana ebook tu dah sempurna, masuk saya tiada lagi update..Jadi saya bercadang untuk lancarkan satu lagi ebook kedua pada 10 Mac jika tiada halangan. kalau ada halangan, saya akan lancarkan selepas result SPM keluar.
Untuk ebook kedua, cover je dah siap..hehe