Kuasa Web Social Bookmarking

Ini adalah post pertama dan merupakan perkongsian ilmu yang pertama dari saya.

Tahukah anda mengenai laman web social bookmarking?

Jika anda pernah dengar mengenai laman web social bookmarking sudah tentu anda akan terbayang Digg, Technorati dan banyak lagi laman web lain yang popular atau biasa digunakan.

Fungsi social bookmarking ialah untuk mendapatkan trafik. Ya, saya hanya menggunakan social bookmarking semata-mata untuk mendapatkan trafik kerana enjin carian seperti google dan yahoo sukakan laman web social bookmarking. Jadi jangan lupa untuk bookmarking setiap post di blog anda untuk mendapat trafik ke blog anda.

Anda boleh menggunakan beberapa plugin wordpress untuk memudahkan kerja bookmark ke beberapa website social bookmarking dengan sekali klik sahaja.

Selain itu, dengan menggunakan social bookmarking juga, blog anda akan diindex oleh google dan yahoo dengan lebih cepat. Selain itu blog anda akan berada di kedudukan yang lebih tinggi di dalam enjin carian.

Terdapat banyak laman web social bookmarking di internet dan sekiranya anda ingin bookmarking satu persatu sudah tentunya akan mengambil masa yang lama, di sini saya akan kongsikan beberapa laman web yang memudahkan anda untuk bookmarking ke semua laman web social yang popular dengan beberapa klik sahaja.

  1. OnlyWire – Saya paling recommend site ini kerana ini akan memudahkan anda untuk bookmark ke 15 laman web social dalam masa kurang 5 minit.
  2. StumbleUpon – agar sukar digunakan tetapi sekiranya blog anda di featured kan ke halaman hadapan web ini, blog anda akan kehabisan bandwith dalam masa sejam :)
  3. Reddit – Anda boleh post artikel di sini dan akan mendapat ganjaran untuk artikel yang menarik
  4. Digg – Saya panggil bapa segala social bookmarking kerana saya mendapat lebih kurang 1k visitor sehari hanya dari web social ini.
  5. ShoutWire – tidak pernah menggunakan web ini, tetapi anda boleh mencubanya
  6. MyBlogLog- satu laman web social bookmark yang popular dan menyediakan widget yang boleh diletakkan di blog anda. Seorang blogger wajib letak widget tersebut

Gunakan semua laman web social yang anda dan rasakan perubahan trafik ke blog anda.