Buat Duit Affiliate Pertama Dari Forum

Salam,
Saya rasa semua orang yang pandai melayari internet tahu apa itu forum. Forum adalah satu tempat dimana mereka yang mempunyai minat atau keinginan yang sama berkumpul dan berkongsi apa sahaja maklumat dan juga bertukar pendapat.

Tapi dari pandangan saya, tidak ramai yang berani mengambil peluang untuk menjana wang dari forum. Kenapa ya? Jika diikutkan pengalaman pertama saya bergelar affiliate, saya cuma mempromosikan produk di forum sahaja, seperti forum WangCyber, dan Alhamdulillah saya berjaya meraih pendapatan pertama dalam bidang affiliate.

Mungkin ramai yang belum tahu bagaimana nak mula promosikan barangan mereka di forum terbuka, berikut saya senaraikan antara langkah yang boleh anda ikut,

1) Cari forum berkaitan dengan niche produk yang anda promote

2) Daftar dan cuba berkenalan dan beramah mesra dengan ahli forum di situ

3) Elakkan bertanya soalan yang remeh temeh, ia akan menyebabkan ahli forum memandang rendah kepada anda

4) Elakkan juga bersikap seperti anda tahu semuanya, kerana ia akan menyebabkan ahli forum berfikir anda seorang yang suka menunjuk-nunjuk

5) Cuba bantu ahli forum lain yang lain menyelesaikan masalah mereka hadapi.  (Bantuan anda amat dihargai). Jika tidak tahu, senyap dan beredar ke post yang lain

6) Yang paling penting, hormati ahli yang sudah lama berada di forum tersebut.  Elakkan bersikap kurang ajar.

7) Gunakan fungsi signature dengan sebaiknya (Ini adalah kunci promosi anda). Hiaskan signature anda bagi cantik dan menarik untuk di klik.

8 ) Selepas seminggu atau sebulan anda berada di forum tersebut, mulakan operasi dengan membuka thread jualan produk anda yang pertama. Jika anda banyak membantu ahli forum yang lain sebelum itu, Insyaallah thread anda pasti akan mendapat sambutan, walaupun tidak ada yang beli, tapi sekurang-kurangnya thread anda sentiasa aktif. ;)

9) Jika thread anda mendapat sambutan, teruskan promosi, dan jika kurang mendapat sambutan, teruskan dengan aktiviti anda yang asal, membantu ahli-ahli forum yang lain. Jangan sesekali datang ke forum tersebut sewaktu anda ada produk untuk dipromosikan dan tinggalkan forum begitu sahaja selepas habis mempromosikan produk anda.

Ini adalah sedikit sebanyak tips yang mampu saya kongsikan. Saya doakan agar anda juga mampu membuat duit melalui forum selepas ini. Insyaallah.

Sukarnya Buat Duit Dengan Clickbank

Salam sejahtera,

Dari hari ke hari, saya dengar makin ramai yang mengeluh sukarnya nak buat duit dengan clickbank. Dah macam-macam cara dilakukan, guna teknik youtube la, social network la, teknik forum, video marketing, pay per click dan macam-macam lagi.

Adakah teknik yang diajar itu tidak betul? Pelik. Kerana ada sesetengah orang mampu membuatnya dengan baik, tapi ada sesetengahnya masih gagal membuat apa-apa sales. Adakah anda tahu punca sebenar?

Pada pendapat saya ini semua terjadi kerana kita tahu teknik promosi yang hebat, tapi kita tak tahu apa produk yang menjadi tarikan untuk orang membelinya. Ibaratnya, anda tahu yang produk kuruskan badan ada berpuluh-puluh di Clickbank Marketplace, tapi tahukah anda yang mana satu akan memberikan ‘convertion rate’ yang berbaloi?

Perkara utama yang perlu difikirkan sebelum memasarkan sesuatu produk semestinya memahami permintaan. Jika anda tau permintaan produk apa yang paling tinggi di kawasan sasaran anda (target market), pasti kerja anda akan menjadi lebih mudah.

Oleh itu, atas dasar ingin membantu rakan-rakan lain yang masih belum berjaya membuat sebarang jualan dengan clickbank, saya akan mengeluarkan report berbayar saya yang pertama tidak lama lagi. Di dalam report tersebut, saya akan kongsikan teknik yang saya gunakan sehingga berjaya mendapat cek yang pertama dari clickbank. Ilmu yang kita perolehi tidak akan mendapat sebarang manfaat jika tidak disebarkan.

Insyaallah ia akan dilancarkan dalam tempoh 3-4 hari lagi. Harapan saya dengan adanya report ini ia akan dapat membantu lebih ramai rakyat Malaysia memperoleh pendapatan dengan Clickbank. Insyaallah.  :)