semua orang tak nak kegagalan,
semua nak kejayaan
tapi
semua tak bertindak, cakap je pandai!
berangan je pandai!
tapi tindakan tak de!
dah la jangan berangan lagi macam mat jenin!
jangan malas!
jangan berlengah!
jangan hilang fokus!
jangan kurang yakin!
kejar apa yang anda mahu!
biar lawan anda seribu!
biar terpaksa redah lautan api!
biar terpaksa tido 4 pagi!
pedulikan apa orang cakap!
pedulikan kata-kata mereka yang tak tahu erti kejayaan!
kejar kejayaan tu selagi anda mampu bernafas!
selagi nadi masih berdenyut!
selagi masih ada keringat!
selagi jam masih berdetik!
kejar la sementara anda masih ada peluang!
andai kata, nadi anda terhenti!
adakah anda masih mampu kejar kejayaan?
adakah anda masih mampu berangan?
adakah anda masih mampu????!
pejam mata anda, fikirkan diri anda hari ini
apa yang anda akan ada 5 tahun lagi?
dimana tempat anda 5 tahun lagi?
nak mengharapkan belas kasihan orang lain?
dah la! takkan hidup nak harap orang lain?
pengecut! berdiri la di atas kaki anda!
makan atas hasil usaha anda!
hasil titik peluh anda!
dan apabila anda capai kejayaan
anda akan dapat rasa kemanisan usaha anda
anda akan bangga dengan diri anda
tapi orang yang hina anda, marah anda,
cakap anda berangan, apa yang mereka dapat?
mereka hanya pandai berkata-kata
mereka hanya berada di tahap sama
tapi anda?
anda sudah berjaya membawa diri anda
ke tahap yang lebih baik!
ke tahap di mana
anda akan berkata
“aku adalah aku!”
“dan aku berjaya kerana aku!”
tetapi seandainya anda gagal
tangisi kegagalan tersebut
kerana air mata anda
akan membawa anda ke satu destinasi
di mana anda akan usaha lebih baik
lebih kuat!
lebih bersemangat!
tiada perkataan putus asa dalam diri
orang yang berjaya!
ingat senang ke nak berjaya hah?!!
tapi tak mustahil!
jawapan ada pada diri anda!
dah la jangan membazir duit
pergi ceramah!
pergi motivasi
pergi kursus!
sebenarnya hanya anda mampu mengubah diri anda!
ya, hanya anda!
penceramah hanya mampu berkata-kata
dan bukanya mampu mengubah anda!
hasil nukilan,
khairilz
