Syukur ke hidrat ilahi,
Akhirnya saya berjaya melancarkan ebook pertama saya. Ebook saya yang pertama bertajuk “Cara Research Di Ebay Terbongkar”

saya mengambil masa lebih kurang 6 jam untuk siapkan ebook ini. Pada mulanya saya mulakan dengan mengambil screenshot dahulu kerana semua teknik dah ada di dalam kepala saya jadi saya cuma buat semua teknik dan ambil screenshot.
Saya mula mengarang pada pukul 1.30 petang hinggalah ke 9 malam pada 25 februari 2009. Dan ia hanya mengambil masa 6 jam, tolak dengan masa saya rehat, makan dan sebagainya.
Saya telah melakukan survey terhadap ebook ini sebelum ia dilancarkan tetapi hanya 5 orang yang vote berminat! Bayangkan! yang reply di thread pulak, macam-macam komen. Ada yang cakap positif dan ada yang negatif. Saya masih tidak putus asa, saya nekad untuk teruskan juga penghasilan ebook ini dan akhirnya siap.
Lebih kurang pukul 12malam, thread saya diapprove admin dan sudah pun ada 3 orang yang booking walaupun laman download belum siap. Saya tidak siapkan lebih awal kerana saya menyangka tiada orang yang berminat untuk membeli.
Saya terus menerima pembayaran sehinggalah pukul 2.30 pagi, kerana happy tak terhingga saya tidur pukul 4.30 pagi hari itu. Pelik sikit saya ni, hoho..
Keesokan saya apabila saya bangun, inbox PM di wangcyber penuh dengan Pm pembeli. Nampaknya saya kena upgrade akaun ke wc premium. dalam masa 2 jam ebook tersebut dilancarkan, 5 jualan terhasil kalau tak silap saya.
saya cuma letak harga $3 kerana saya takut orang tak beli kerana ini ebook pertama saya dan saya masih belum ada nama dalam bidang penghasilan ebook. Feedback positif terus saya terima dan saya berniat untuk untuk beri peluang kepada 20 orang untuk harga $3 walaupun pada mulanya saya hanya bercadang untuk beri kepada 10 orang sahaja.
Saya mula menggunakan ilmu yang saya ada tentang cara pemasaran melalui teknik forum marketing dan ia membuahkan hasil! Ia teknik blackhat,hehe..
Saya turut memberikan secara percuma kepada sweet_mango kerana dia terlalu banyak persoalan tentang ebook tu, itu hak customer untuk bertanya dan customer always right. Oleh kerana saya tidak sempat untuk melayan order pembeli yang lain, jadi saya beri kepada sweet_mango secara percuma agar dia tidak reply Pm saya lagi, hoho..lagipun ini ebook pertama saya, kalau boleh saya hendak review dari dia.
Statistik Jualan Ebook pertama
Jumlah terjual: Cecah 50 unit dalam masa kurang 40 jam
Purata Jualan: lebih kurang 35 ebook terjual dalam masa kurang 24 jam
Jumlah review copy diberi : lebih 10 orang
Masa jualan: Lebih kurang 46 jam dan tawaran ditutup
Jumlah pages di thread jualan: hampir 25 pages
Cara Bayaran: 44 orang bayar guna paypal, selebihnya bank in
Oleh kerana ebook tu dah sempurna, masuk saya tiada lagi update..Jadi saya bercadang untuk lancarkan satu lagi ebook kedua pada 10 Mac jika tiada halangan. kalau ada halangan, saya akan lancarkan selepas result SPM keluar.
Untuk ebook kedua, cover je dah siap..hehe

{ 2 comments… read them below or add one }
mmg berbaloi jika mempunyai idea yg kreatif mcm adik khairilz nih… sekurang2 nya apa yg dilakukan tidak sia2… simple dan mudah difahami cume ada ler ckit kekurangan almaklumlah ebook pertama…
elok rase diupgradekn balik bab yg terakhir tuh…
Haha…wei…dapatkan duit banyak2 doo….nanti senang sikit….aku pun harap nak cari ribu-ribu ni, klu result SPM x seberapa, sekurang-kurangnya tu bleh cover :p
Berapa untung ko dpt ni?