Sukarnya Buat Duit Dengan Clickbank

by khairilz on April 17, 2009

Salam sejahtera,

Dari hari ke hari, saya dengar makin ramai yang mengeluh sukarnya nak buat duit dengan clickbank. Dah macam-macam cara dilakukan, guna teknik youtube la, social network la, teknik forum, video marketing, pay per click dan macam-macam lagi.

Adakah teknik yang diajar itu tidak betul? Pelik. Kerana ada sesetengah orang mampu membuatnya dengan baik, tapi ada sesetengahnya masih gagal membuat apa-apa sales. Adakah anda tahu punca sebenar?

Pada pendapat saya ini semua terjadi kerana kita tahu teknik promosi yang hebat, tapi kita tak tahu apa produk yang menjadi tarikan untuk orang membelinya. Ibaratnya, anda tahu yang produk kuruskan badan ada berpuluh-puluh di Clickbank Marketplace, tapi tahukah anda yang mana satu akan memberikan ‘convertion rate’ yang berbaloi?

Perkara utama yang perlu difikirkan sebelum memasarkan sesuatu produk semestinya memahami permintaan. Jika anda tau permintaan produk apa yang paling tinggi di kawasan sasaran anda (target market), pasti kerja anda akan menjadi lebih mudah.

Oleh itu, atas dasar ingin membantu rakan-rakan lain yang masih belum berjaya membuat sebarang jualan dengan clickbank, saya akan mengeluarkan report berbayar saya yang pertama tidak lama lagi. Di dalam report tersebut, saya akan kongsikan teknik yang saya gunakan sehingga berjaya mendapat cek yang pertama dari clickbank. Ilmu yang kita perolehi tidak akan mendapat sebarang manfaat jika tidak disebarkan.

Insyaallah ia akan dilancarkan dalam tempoh 3-4 hari lagi. Harapan saya dengan adanya report ini ia akan dapat membantu lebih ramai rakyat Malaysia memperoleh pendapatan dengan Clickbank. Insyaallah.  :)

{ 2 comments… read them below or add one }

citiroz August 19, 2009 at 2:00 am

tu la pasal bukan senang nak buat duit dgn clickbank
kalau tengok income mereka2 yg berjaya terutama mat-mat saleh yang tunjuk bukti buat ratus ribu dalam sekian -kian bulan ..wow! siapa yang tak teruja wei..maka berduyun-duyun lah nak buat duit dengan clickbank tapi akhirnya kecewa tak seperti yang diimpikan .
Jadi cik adik ni dah dapat cek dari clickbank? hebat tu
Mana repot yg dikatakan tu?

Reply

Hazwan Abdullah December 19, 2009 at 4:31 pm

Betul tu, teknik dan produk memang penting..kalau tidak sia-sia kita promote produk..
Pada pendapat saya, sesiapa yang hendak buat duit dengan clickbank patut melihat dahulu
pada bahagian Help (di clickbank) kerana di situ ada informasi berguna yang boleh digunakan.

Reply

Leave a Comment

Previous post:

Next post: