Buat Duit Affiliate Pertama Dari Forum

by khairilz on April 27, 2009

Salam,
Saya rasa semua orang yang pandai melayari internet tahu apa itu forum. Forum adalah satu tempat dimana mereka yang mempunyai minat atau keinginan yang sama berkumpul dan berkongsi apa sahaja maklumat dan juga bertukar pendapat.

Tapi dari pandangan saya, tidak ramai yang berani mengambil peluang untuk menjana wang dari forum. Kenapa ya? Jika diikutkan pengalaman pertama saya bergelar affiliate, saya cuma mempromosikan produk di forum sahaja, seperti forum WangCyber, dan Alhamdulillah saya berjaya meraih pendapatan pertama dalam bidang affiliate.

Mungkin ramai yang belum tahu bagaimana nak mula promosikan barangan mereka di forum terbuka, berikut saya senaraikan antara langkah yang boleh anda ikut,

1) Cari forum berkaitan dengan niche produk yang anda promote

2) Daftar dan cuba berkenalan dan beramah mesra dengan ahli forum di situ

3) Elakkan bertanya soalan yang remeh temeh, ia akan menyebabkan ahli forum memandang rendah kepada anda

4) Elakkan juga bersikap seperti anda tahu semuanya, kerana ia akan menyebabkan ahli forum berfikir anda seorang yang suka menunjuk-nunjuk

5) Cuba bantu ahli forum lain yang lain menyelesaikan masalah mereka hadapi.  (Bantuan anda amat dihargai). Jika tidak tahu, senyap dan beredar ke post yang lain

6) Yang paling penting, hormati ahli yang sudah lama berada di forum tersebut.  Elakkan bersikap kurang ajar.

7) Gunakan fungsi signature dengan sebaiknya (Ini adalah kunci promosi anda). Hiaskan signature anda bagi cantik dan menarik untuk di klik.

8 ) Selepas seminggu atau sebulan anda berada di forum tersebut, mulakan operasi dengan membuka thread jualan produk anda yang pertama. Jika anda banyak membantu ahli forum yang lain sebelum itu, Insyaallah thread anda pasti akan mendapat sambutan, walaupun tidak ada yang beli, tapi sekurang-kurangnya thread anda sentiasa aktif. ;)

9) Jika thread anda mendapat sambutan, teruskan promosi, dan jika kurang mendapat sambutan, teruskan dengan aktiviti anda yang asal, membantu ahli-ahli forum yang lain. Jangan sesekali datang ke forum tersebut sewaktu anda ada produk untuk dipromosikan dan tinggalkan forum begitu sahaja selepas habis mempromosikan produk anda.

Ini adalah sedikit sebanyak tips yang mampu saya kongsikan. Saya doakan agar anda juga mampu membuat duit melalui forum selepas ini. Insyaallah.

Leave a Comment

Previous post:

Next post: