Tentang Kami
ZULKHAIRIL AKA KHAIRILZ
Pengasas Kepada Team Terabiz, khairilz atau nama penuhnya Mohamad Zulkhairil Bin Che Kob adalah seorang pelajar lepasan SPM tahun 2008. Beliau berasal daripada Kota Bharu Kelantan. Meminati bidang perniagaan internet sejak berusia 15 tahun lagi dan bercita-cita ingin menjadi usahawan internet sepenuh masa suatu hari nanti. Beliau juga merupakan penulis ebook, antara ebook hasil karyanya ialah “Cara Research Di Ebay Yang Terbongkar” dan Rahsia Blogging 100% Auto Pilot”. Oleh kerana minatnya yang kuat dalam bidang perniagaan internet, beliau menubuhkan Team TeraBiz untuk membawa bidang perniagaan internet kepada tahap yang lebih tinggi. Beliau turut membantu newbie bangun dengan memberi sesi personal coaching kepada mereka yang berminat.
NADIAH KARIM AKA nadieyaa05
Satu-satunya puteri di dalam Team TeraBiz, Nadiah Karim merupakan seorang pelajar sepenuh masa di Universiti Sains Malaysia Pulau Pinang dalam jurusan Perakaunan. Mempunyai nama penuh Siti Nadiah Binti Ab Karim, beliau berasal dari Terengganu, dan mula menceburkan diri di dalam bidang perniagaan online ini sejak 2007. Beliau amat berminat dalamĀ bidang affiliate dan pemasaran dan bercita-cita untuk menjadi seorang affiliate Marketer yang berjaya suatu hari nanti. Salah satu motto yang selalu menjadi pegangan beliau ialah, “gagal sekali bukan bermakna gagal selama-lamanya, dan berjaya sekali bukan bermakna berjaya untuk selama-lamanya”. Blog persendirian beliau ialah SnaKaZ DoT CoM yang turut menceritakan tentang teknik membuat duit secara online dengan lebih mendalam.
AZIZI aka masterazizi
Mula berminat di dalam IM sejak awal tahun 2008. Azizi merupakan seorang pelajar di Universiti PendidikanĀ Sultan Idris dalam pengkhususan Tesl. Nama penuh, Mohamad Azizi bin Mohamad Saad berusia 22 tahun. Seorang yang aktif di dalam bidang ebay dan affiliate. Bercita-cita ingin menjadi seorang Im yang berjaya di suatu masa nanti. Beliau seorang yang bersungguh-sungguh membuat sesuatu kerja dan selagi belum dapat apa yang diinginkan, beliau akan terus berusaha.

Comments on this entry are closed.