Tutorial: Mengakses Cpanel Melalui Proxy
Sekiranya anda menggunakan proxy, sudah tentu anda tidak dapat access ke cpanel kerana cpanel tidak membenarkan anda mengakses cpanel kerana port yang berbeza
Jangan risau, saya ada penyelesainya
Pertama sekali download file di bawah
http://tera-biz.com/cpanel.zip
kemudian upload ke hosting anda di dalam folder public_html
jangan rename sebarang folder kerana 3 file di bawah harus berada di dalam folder yang bernama cpanel
.htaccess
cpanelproxy.php
php
selepas itu anda boleh access cpanel anda dengan menaip url http://cpanel.domainanda.com
Buat Duit Affiliate Pertama Dari Forum
Salam,
Saya rasa semua orang yang pandai melayari internet tahu apa itu forum. Forum adalah satu tempat dimana mereka yang mempunyai minat atau keinginan yang sama berkumpul dan berkongsi apa sahaja maklumat dan juga bertukar pendapat.
Tapi dari pandangan saya, tidak ramai yang berani mengambil peluang untuk menjana wang dari forum. Kenapa ya? Jika diikutkan pengalaman pertama saya bergelar affiliate, saya cuma mempromosikan produk di forum sahaja, seperti forum WangCyber, dan Alhamdulillah saya berjaya meraih pendapatan pertama dalam bidang affiliate.
Mungkin ramai yang belum tahu bagaimana nak mula promosikan barangan mereka di forum terbuka, berikut saya senaraikan antara langkah yang boleh anda ikut,
1) Cari forum berkaitan dengan niche produk yang anda promote
2) Daftar dan cuba berkenalan dan beramah mesra dengan ahli forum di situ
3) Elakkan bertanya soalan yang remeh temeh, ia akan menyebabkan ahli forum memandang rendah kepada anda
4) Elakkan juga bersikap seperti anda tahu semuanya, kerana ia akan menyebabkan ahli forum berfikir anda seorang yang suka menunjuk-nunjuk
5) Cuba bantu ahli forum lain yang lain menyelesaikan masalah mereka hadapi. (Bantuan anda amat dihargai). Jika tidak tahu, senyap dan beredar ke post yang lain
6) Yang paling penting, hormati ahli yang sudah lama berada di forum tersebut. Elakkan bersikap kurang ajar.
7) Gunakan fungsi signature dengan sebaiknya (Ini adalah kunci promosi anda). Hiaskan signature anda bagi cantik dan menarik untuk di klik.
8 ) Selepas seminggu atau sebulan anda berada di forum tersebut, mulakan operasi dengan membuka thread jualan produk anda yang pertama. Jika anda banyak membantu ahli forum yang lain sebelum itu, Insyaallah thread anda pasti akan mendapat sambutan, walaupun tidak ada yang beli, tapi sekurang-kurangnya thread anda sentiasa aktif.
9) Jika thread anda mendapat sambutan, teruskan promosi, dan jika kurang mendapat sambutan, teruskan dengan aktiviti anda yang asal, membantu ahli-ahli forum yang lain. Jangan sesekali datang ke forum tersebut sewaktu anda ada produk untuk dipromosikan dan tinggalkan forum begitu sahaja selepas habis mempromosikan produk anda.
Ini adalah sedikit sebanyak tips yang mampu saya kongsikan. Saya doakan agar anda juga mampu membuat duit melalui forum selepas ini. Insyaallah.
IM dan Stress

Kali ini kita bincang pasal kerja sebagai seorang IM dan tekanan stress.
Siapa kata kerja sebagai seorang IM tak ada tekanan kerja? Bagi aku semua kerja mesti ada tekanan stress seperti yang aku lalui sekarang. Jadi sekiranya ini berlaku kita haruslah bijak menangani stress. Walaupun orang pandang kerja sebagai seorang IM hanya berada di depan komputer dan gunakan keyboard dan mouse sahaja namun tetap ada tekanan kerja, contohnya melayan kerenah pembeli, tekanan daripada pembeli yang menempah design (sekiranya anda menyediakan perkhidmatan jenis servis)
Antara langkah menangani stress:-
1) Lihat benda warna hijau dan tinggalkan komputer/laptop untuk sementara waktu
2) Keluar berjalan-jalan di taman untuk menghilangkan stress sambil2 lihat awek cun permandangan indah
3) Cuba duduk dan minum secawan teh sambil fikirkan apa keje yang perlu dilakukan dulu dan apa yang tidak perlu dilakukan lagi
4) Cuba buat jadual bekerja anda, maksud saya To-Do List. Jika anda gunakan vista boleh guna gadget sticky note. Jadi setiap kali anda on komputer, anda akan tahu apa yang anda perlu buat dahulu.
5) Kalau ada family, luangkan masa dengan family macam berbual kosong atau menonton televisyen bersama.
6) Jika stress over control cuba luahkan kepada orang terdekat kerana anda akan merasa lebih lega selepas luahkan pada seseorang
7) Kalau stress juga, pergi tepi bukit atau gaung lepas tu terjun jerit kuat-kuat agar semua stress hilang tapi jangan buat masa maghrib, nanti kena rasuk..
8 ) Anda juga boleh bercakap dengan pokok untuk lepaskan stress, siapa kata pokok tak boleh bercakap? Kalau tak percaya baca short story bahasa inggeris form five tentang watak Mr Klausner.
9) Bunuh diri , hehe..Takkan sampai bunuh diri. Jika anda beragama islam, anda boleh dekatkan diri dengan Allah dengan solat kerana selepas solat anda akan merasa diri anda lebih segar dan tenang.
10) Tinggalkan kerja anda buat sementara dan buat benda yang anda suka. Jika anda perempuan, pergi window shopping dan jika anda lelaki pergi makan-makan angin sambil menghabiskan minyak motor atau kereta.
Setakat ini sahaja untuk kali ini, nanti saya kongsi lagi tips bersama anda sebab saya pun tak boleh nak menaip lama-lama sebab stress juga ni
Bahagian 1 : Google Adsense

Salam, Kali ini saya ingin bercerita mengenai Google Adsense iaitu satu daripada 1000 cara jana wang daripada internet. Jika anda belum tahu, Adsense ialah satu program di mana kita akan dibayar sekiranya ada orang klik iklan yang google berikan kepada kita untuk diletakkan ke dalam blog kita. Maknanya untuk dapatkan lebih banyak klik, kita perlu lebih banyak pelawat. Konsepnya mudah sahaja.
More Visitors = More Click = More $$$
Langkah pertama untuk kita memperoleh pendapatan daripada adsense ialah mempunyai blog sendiri atau website sendiri, tidak kisahlah walaupun menggunakan blogspot. Sebenarnya google lebih sukakan blogspot untuk adsense kerana blogspot sudah menjadi milik google. Tujuan kita mempunyai blog ialah agar kita boleh meletakkan code adsense ke dalam template/themes kita agar iklan daripada google akan keluar. Jangan risau mengenai iklan kerana iklan yang keluar akan berkaitan dengan apa yang anda tulis. Sebagai contoh anda menulis tentang handphone jadi iklan yang akan keluar semuanya berkaitan dengan handphone jadi pelawat blog anda mungkin akan klik iklan tersebut untuk mencari lebih banyak info.
Sudah tentu anda tertanya-tanya darimana datangnya iklan tersebut. Iklan adsense datang daripada publisher atau para iklan yang ingin meletakkan iklan melalui google melalui satu program iaitu Google Adwords. Daripada Google Adwords muncul Google Adsense kerana semua iklan yang didaftarkan di Google Adwords akan keluar di Google Adsense dan oleh sebab itu Google mampu membayar anda dan ada seorang usahawan internet yang menjana RM4000 sehari daripada adsense sahaja!
Saya akan sambung lagi mengenai adsense lain kali
Sukarnya Buat Duit Dengan Clickbank
Salam sejahtera,
Dari hari ke hari, saya dengar makin ramai yang mengeluh sukarnya nak buat duit dengan clickbank. Dah macam-macam cara dilakukan, guna teknik youtube la, social network la, teknik forum, video marketing, pay per click dan macam-macam lagi.
Adakah teknik yang diajar itu tidak betul? Pelik. Kerana ada sesetengah orang mampu membuatnya dengan baik, tapi ada sesetengahnya masih gagal membuat apa-apa sales. Adakah anda tahu punca sebenar?

Pada pendapat saya ini semua terjadi kerana kita tahu teknik promosi yang hebat, tapi kita tak tahu apa produk yang menjadi tarikan untuk orang membelinya. Ibaratnya, anda tahu yang produk kuruskan badan ada berpuluh-puluh di Clickbank Marketplace, tapi tahukah anda yang mana satu akan memberikan ‘convertion rate’ yang berbaloi?
Perkara utama yang perlu difikirkan sebelum memasarkan sesuatu produk semestinya memahami permintaan. Jika anda tau permintaan produk apa yang paling tinggi di kawasan sasaran anda (target market), pasti kerja anda akan menjadi lebih mudah.
Oleh itu, atas dasar ingin membantu rakan-rakan lain yang masih belum berjaya membuat sebarang jualan dengan clickbank, saya akan mengeluarkan report berbayar saya yang pertama tidak lama lagi. Di dalam report tersebut, saya akan kongsikan teknik yang saya gunakan sehingga berjaya mendapat cek yang pertama dari clickbank. Ilmu yang kita perolehi tidak akan mendapat sebarang manfaat jika tidak disebarkan.
Insyaallah ia akan dilancarkan dalam tempoh 3-4 hari lagi. Harapan saya dengan adanya report ini ia akan dapat membantu lebih ramai rakyat Malaysia memperoleh pendapatan dengan Clickbank. Insyaallah.
Flutter Pesaing Twitter
Flutter ialah servis nano-blogging, berbeza dengan Twiiter yang dipanggil mikro-blogging.
Sekiranya dalam Twitter, pengguna dapat mengemaskini status mereka dalam 140 huruf, melalui Flutter, mereka hanya mendapat ruangan sebanyak 26 huruf, sekaligus menjadikan setiap kemaskini lebih bermakna dan ringkas.
Selamat Datang Ke Tera-Biz Dot Com!
Selamat datang ke blog rasmi Team TeraBiz..
Team TeraBiz adalah satu team perniagaan internet yang fokus kepada perniagaan internet sepenuhnya. Kami terdiri daripada 3 orang ahli iaitu Nadiah, Khairilz dan Azizi. Lihat di halaman Tentang Kami untuk latar belakang kami bertiga.
Kami telah merancang beberapa projek untuk dilakukan sepanjang pertengahan tahun ini jadi nantikan kemunculannya
Team ini ditubuhkan sama dengan tarikh kewujudan blog ini iaitu 6 April 2009. Kami bertiga akan bersama-sama menyajikan anda dengan pelbagai info menarik mengenai perniagaan internet untuk santapan minda anda. Jadi teruskan melawat blog ini.
Kami mengharapkan akan terus mendapat sokongan dari anda kerana tanpa sokongan anda, kami tidak mampu bangun di dunia perniagaan internet ini.
Dapatkan 1 USD Pertama
Hanya Untuk Newbie
1 USD pertama yang kita dapat di internet melalui perniagaan internet adalah sesuatu yang paling bermakna bagi seorang IM yang baru sahaja lahir di dunia IM..
Kenapa?
Sebab 1 USD pertama akan menentukan mindset kita
kalau kita dapat 1 USD pertama, kita akan tetapkan dalam fikirkan bahawa perniagaan internet memang betul2 boleh buat duit malah ia adalah diluar jangkaan anda!
Bagaimana?
Cara untuk dapatkan 1 USD pertama, ada banyak cara..
Cara Betul Dan Profitable [Long Term Bussiness]
-Jual produk MRR Atau PLR
-Offer service design
-Jual VCC
-jual ebook
-Adsense Dan Sebagainya
Cara Malas Dan Non Profitable[Short term bussiness]
-pay to read email
-join paid to take survey
-join traffic exchange. contoh traffic swarm
-dan banyak lagi program paid to……
Cara Jahat Atau Kurang Etika
-kalau adsense, klik iklan sendiri
-kalau affiliate, spam inbox orang
-spam forum
-dan lain2,korang pun tahu..
Pilih cara di atas dan cuba dapatkan 1 USD pertama anda, kalau nak dapatkan 1 USD pertama ambil masa yang lama, tinggalkan teknik tersebut dan cuba teknik baru.
Kalau tak faham apa-apa, cuba usaha sendiri cari guna google, yahoo dan sebagainya.
Jangan cepat bertanya! Cuba usaha sendiri kerana hasil usaha kita sendiri kesanya lebih baik.
Last Step Kalau Cara Di Atas Tak Menjadi
Kenal pasti kelebihan diri anda dan cuba keluarkan kelebihan diri anda tersebut. Cuba hasilkan ebook dan jual..jangan fikir orang beli ke tak ebook, just hasilkan ebook tersebut. Kalau tak de orang beli jugak, cuba edar secara percuma dan dapatkan pendapat orang lain untuk memperbaiki ebook tersebut.
COntoh, kalau anda dah buat adsense selama beberapa tahun tetapi hasilnya tiada atau kurang, hasilkan jugak ebook berdasarkan pengalaman anda, pasti ada sesuatu yang unik untuk dikongsi bersama tetapi anda sahaja yang tidak menyedari keunikan tersebut.
Satu je..
Jangan bazirkan duit dengan beli semua ebook yang ada kat pasaran, beli yang rasa perlu sahaja. Tahukah anda sales letter atau web jualan yang anda sedang baca sebenarnya sedang membunuh anda agar anda membelanjakan wang untuk membeli ebook tersebut.
Kekadang terlalu hype, tahukah anda sales letter tersebut ditulis oleh sesorang yang pandai menguasai minda anda agar membeli? jadi lawan dan jangan beli kecuali ia sesuatu yang memang perlu..Dan tahukah anda, penjual ebook sanggup membelanjakan ribuan ringgit semata-mata untuk mencipta sales letter. Walaupun produk tak la sehebat mana tapi sales letter hebat adalah pintu utama anda memberi wang anda kepada mereka. Saya sanggup luangkan banyak duit untuk upah sales letter 
Untuk newbie, beli panduan asas dahulu, jangan terus beli teknik rahsia atau apa-apa sahaja ebook yang terus membawa anda ke tahap advanced sedangkan anda baru sahaja newbie, hasilnya tiada pendapatan!
APa yang saya tulis ialah berdasarkan pengalaman saya memberi personal coach untuk beberapa newbie. Ada student saya yang sanggup beli ebook sampai habis beratus tapi hasilnya? KOSONG!!! baru sebelum ceburi IM, beli ebook tu, beli ebook ini tapi hasil?Tahukah untuk newbie, anda bukan perlukan ebook teknik rahsia tetapi perlukan ebook panduan asas.
ebook rahsia yang ada di pasaran hanyalah untuk advanced user, memang kat sales letter cakap panduan langkah demi langkah tapi ia bukan untuk anda, seorang newbie..
Dan Tahukah Anda bahawa saya sekarang pun sedang melengkap diri saya dengan ilmu di dalam perniagaan internet, saya sendiri masih baca panduan asas. kalau tak de duit, dapatkan ebook free dari program give away event..[saya lebih prefer ebook free dari give away
]
Dapatkan 1 USD pertama anda, Saya dah dapat untuk minggu ini
[minggu ini bukan hari ini]

Kegagalan dan Kejayaan
semua orang tak nak kegagalan,
semua nak kejayaan
tapi
semua tak bertindak, cakap je pandai!
berangan je pandai!
tapi tindakan tak de!
dah la jangan berangan lagi macam mat jenin!
jangan malas!
jangan berlengah!
jangan hilang fokus!
jangan kurang yakin!
kejar apa yang anda mahu!
biar lawan anda seribu!
biar terpaksa redah lautan api!
biar terpaksa tido 4 pagi!
pedulikan apa orang cakap!
pedulikan kata-kata mereka yang tak tahu erti kejayaan!
kejar kejayaan tu selagi anda mampu bernafas!
selagi nadi masih berdenyut!
selagi masih ada keringat!
selagi jam masih berdetik!
kejar la sementara anda masih ada peluang!
andai kata, nadi anda terhenti!
adakah anda masih mampu kejar kejayaan?
adakah anda masih mampu berangan?
adakah anda masih mampu????!
pejam mata anda, fikirkan diri anda hari ini
apa yang anda akan ada 5 tahun lagi?
dimana tempat anda 5 tahun lagi?
nak mengharapkan belas kasihan orang lain?
dah la! takkan hidup nak harap orang lain?
pengecut! berdiri la di atas kaki anda!
makan atas hasil usaha anda!
hasil titik peluh anda!
dan apabila anda capai kejayaan
anda akan dapat rasa kemanisan usaha anda
anda akan bangga dengan diri anda
tapi orang yang hina anda, marah anda,
cakap anda berangan, apa yang mereka dapat?
mereka hanya pandai berkata-kata
mereka hanya berada di tahap sama
tapi anda?
anda sudah berjaya membawa diri anda
ke tahap yang lebih baik!
ke tahap di mana
anda akan berkata
“aku adalah aku!”
“dan aku berjaya kerana aku!”
tetapi seandainya anda gagal
tangisi kegagalan tersebut
kerana air mata anda
akan membawa anda ke satu destinasi
di mana anda akan usaha lebih baik
lebih kuat!
lebih bersemangat!
tiada perkataan putus asa dalam diri
orang yang berjaya!
ingat senang ke nak berjaya hah?!!
tapi tak mustahil!
jawapan ada pada diri anda!
dah la jangan membazir duit
pergi ceramah!
pergi motivasi
pergi kursus!
sebenarnya hanya anda mampu mengubah diri anda!
ya, hanya anda!
penceramah hanya mampu berkata-kata
dan bukanya mampu mengubah anda!
hasil nukilan,
khairilz